Perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian atau OHS mengalami pertumbuhan yang luar biasa di seluruh dunia, hasil daripada kepesatan pendigitalan dan teknologi rangkaian yang mengubah banyak sektor, termasuk penjagaan kesihatan.
McKinsey & Company dalam satu kajian meramalkan kadar pertumbuhan kumulatif tahunan (CAGR) sebanyak 17% untuk segmen tersebut di rantau Asia menjelang 2025 di samping potensi pertumbuhan yang besar di Malaysia.